(with ah moi, syazana and yogesh)
okey.. pada 10 oktober yang lepas, kelas aku buat majlis semarak kasih untuk mereka sendiri dan guru-guru turut dijemput.. di hotel tropical inn (depan menara landmark)
majlis bermula pukul 2 la gitu.. tempat dia ok la, wal
aupun nampak kecik tapi lebih privacy.
selepas ucapan pembukaan oleh guru kelas tahun nih, mr ting, tetamu dijemput makan..
time ni la member aku, Dan start nyanyi lagu. iaitu lagu here by me, love story ngan hey there delilah. aku rasa persembahan dia ok je, tapi, jujur aku
cakap, majlis ni tak sesuai dengan cara dia. aku rasa agak (err) dan aku rasa dia sesuai nyanyi kat gig bersama ahli band dia je. apa pun syabas aku ucapkan kerana inilah first show beliau (dalam seumur hidup beliau).
selepas tamat show Dan, aku dengan selamba naik
ke pentas untuk nyanyi lagu raya faveret aku, salam aidilfitri. syok gile beb. walaupun ade part aku nyanyi sengau sebab tempo tinggi, aku tetap gembira sebab dapat nyanyi kat depan orang ramai. hahaha. dapat la jugak tepukan gemuruh daripada guru-guru dan rakan2. yang penting, aku rasa konfiden je depan crowds. ya, aku sangat menghargai saat2 indah begini, yang pasti akan dikenang apabila kita meninggalkan sekolah nanti.
dah habes nyanyi, aku jadila emcee yang tak ras
mi. hehehe. ramai gak kawan2 yang sibuk nak berkaraoke. sibuk layan diorang sampai lauk pun aku tak makan. aku rasa aku makan nasi goreng satu suap ngan buah 2-3 ketul. sedih beb. hahaha
pastu satu demi satu anugerah diumumkan oleh Syafiqah. hahaha part ni lawak gila. gini, aku disuruh mensponsor hadiah untuk best dress pe
lajar lelaki. pastu, hadiah tu aku dapat balik. korang sendiri paham laa. hahaha. terima kasih kepada anda yang tengah baca sambil vote saye haritu. hehe. balik modal la jugak.
aku dan zana
hadiah untuk best dress pelajar perempuan pulak assistant monitor aku, syazana menang. adakah kebetulan? monitor ngan assistant monitor menang? heh. no komen. tapi ade girls2 yang mencuri perhatian aku seperti syafiqah, adriana ngan shi min. apapun syazana nampak super-duper cute haritu. request pemenang best dress kategori cikgu, pn tan lee ting suruh aku ngan syazana berduet nyanyi lagu. hehe. kami nyanyi lagu my heart, romantik beb. ade la saat jeling menjeling antara kami. sweet memories.
sebelum aku habis taip, aku nak ucapkan greatest thank for syafiqah, nina, qila, shikin, meera, adriana and company sebab, kerana diorang, majlis ni wujud. what a great job! yang pasti, ada secebis kenangan yang mengisi kotak ingatan setiap tetamu yang hadir. untuk syafiqah, aku harap kau tak tension lagi kat kelas dan rajen2 la jwab soalan kimia aku. hehe.
No comments:
Post a Comment