kehidupan di kampus membahagiakan? keseronokan yang terbatas? atau bebas menetukan hala tuju sendiri?
itu yang aku nampak di kampus. walaupun tawaran belum masuk lagi. haha. apa salahnya berangan? sekurang2nya aku dah dapat agak apa yang akan berlaku bila aku masuk u nanti. (berangan lagi..)
serius, aku tak sabar nak merasai liku-liku, onak duri, caci maki kehidupan di kampus. sangat mencabarr ku rasa. tercabarkah iman ku? aha. dengan assignment bertimbun, pensyarah yang lemau, harga makanan kat kafe yang mencekik arteri (lagi2 berangan..).. hidup yang payah dan susah. baru kau kenal apa erti kehidupan, betul?
kat kampus juga, ramai kawan2 aku bercita2 nak mencari jodoh. konon dah habis sekolah. konon bebas. tapi aku tak salahkan diorang. naluri asasi. atau basic instinct. lol (lau xphm sila google.)
tapi takkan nak cari jodoh time blaja? bagi aku, bercinta masa belajar ni amat men'samok'kan.
serius, aku dah pernah lalui. belaja tah kemana. 24-7 fikir pasal si dia. peh, angau gila.
pastu aku fikir balik, kenapa aku perlu lalui semua ni? masa masih panjang. banyak yang aku belum dan perlu capai dalam kehidupan. kenapa perlu membuang masa?
jurujual BMW melambai2 kat aku, suruh aku beli 5 series terbaru mereka, kerana aku dah berjaya.
jurujual hartanah tersenyum2 kat aku, suruh beli banglo terbaru mereka, kat tepi cameron highlands, kerana aku dah berjaya.
jurujual Versace dan Gucci pelawa aku masuk kedai mereka, untuk beli tops dan jeans limited edition mereka, kerana aku dah berjaya.
inilah resolusi hidup aku, tanpa bercintan2, aku, insyaAllah, berjaya capai. haha. bukankah indah hidup single? tak perlu msg hari2. buang kredit. membazir tiket tengok wayang.
sempat aku muhasabah. heh
No comments:
Post a Comment