10/28/09

oleh kesederhanaan dan keikhlasan.



semakin dekat spm, makin malas ke sekolah.
tujuan untuk belajar di rumah.
namun, banyak akibat jika tak ke sekolah.

arghh.
mungkinkah sikap ini terlalu mudah diperkotak katikkan?
memendam rasa yang tak ke mana.

ah sudah.
tumpuan perhatian terhadap spm, kawan!
itulah tiket yang berharga untuk masa depan kalian.

hidup akan bosan jika tiada masalah.
jadi, hadapi masalah dengan senyuman.
kerana, masalah ini cuba untuk menjdikan diri kita tegar dalam melalui kehidupan.






semangat mencurah!!!!!! hi yeah!!






10/23/09

Kau.




Hei kau.
Kau yang berfikiran langsung tak matang.
Berperangai budak ribena.
Mengada-ngada.

Sebenarnya
Aku takde masalah pun dengan kau.
tapi perangai kau buat aku meluat.
langsung tak tau nak gunakan akal.
kat mana kau letak erti persahabatan?

Tolonglah
jadilah orang yang tau berfikir
salah silap sesuatu benda
bukan itu sebabnya
hal lain yang menjadi masalah
punca dan tindakan kau langsung menunjukkan
Kau tak layak bergelar seorang remaja 17 tahun

Kau
Boleh belah la
Kau nak delete aku
Kau punya pasal
aku ada banyak lagi sahabat
yang boleh dipanggil sahabat
bukan keparat
macam Kau.

bak kata alang,
ada pepatah 'kawan makan kawan
tapi tiada pepatah 'sahabat makan sahabat.



carilah sendiri penyelesaian hidup kau.
kalau kau masih tahu berfikir.




10/15/09

SMS sambil bawak motor. Kombinasi yang tepat? anda pilih.


sheesh. kejadian ni baru berlaku tadi.

aku baru balek sekolah lepas kelas fizik.
bapak aku ambik.
nana dan farah pun tumpang sekaki.

tiba simpang lepas kelab golf RJC, aku nampak sorang mamat skola teknik perd yang bawak motor.
ambek corner seolah-olah beliau valentino rossi.
sambil pegang henset kat tangan kiri.
pas corner, moto beliau dah begoyang-goyang.
aku dah agak mesti dak ni akan jatuh.

kan, dah.
jatuh sambil kepala sikit agi nak kne lenyek ngan lori.
ya allah.
aku terus speechless.
seb baek aku ni cepat bertindak.
bapak aku berhentikan keta, dan aku terus meluru kat budak tu.
dia jerit tolong.... tolong...
aku angkat moto dan bawak ke tepi.
tangan je yang cedera teruk, aku rasa patah.
luka besar.
ade mamat botak yang tolong bawak beliau ke hospital.
alhamdulillah.

henset budak tu dah kat mana tercampak.
biarlah.
jadi pengajaran kepada beliau.
syukurlah Allah dah panjangkan nyawa kau.

aku masih trauma.
2-3 hari lagi mungkin akan hilang.

serius, dah takde harapan lagi aku akan bawak motor.
terima kasih atas nasihat ibu bapa ku.
yang melarang aku bawak motor.


10/10/09

thanks for the memories





(with ah moi, syazana and yogesh)


okey.. pada 10 oktober yang lepas, kelas aku buat majlis semarak kasih untuk mereka sendiri dan guru-guru turut dijemput.. di hotel tropical inn (depan menara landmark)
majlis bermula pukul 2 la gitu.. tempat dia ok la, wal
aupun nampak kecik tapi lebih privacy.
selepas ucapan pembukaan oleh guru kelas tahun nih, mr ting, tetamu dijemput makan..

time ni la member aku, Dan start nyanyi lagu. iaitu lagu here by me, love story ngan hey there delilah. aku rasa persembahan dia ok je, tapi, jujur aku
cakap, majlis ni tak sesuai dengan cara dia. aku rasa agak (err) dan aku rasa dia sesuai nyanyi kat gig bersama ahli band dia je. apa pun syabas aku ucapkan kerana inilah first show beliau (dalam seumur hidup beliau).

selepas tamat show Dan, aku dengan selamba naik
ke pentas untuk nyanyi lagu raya faveret aku, salam aidilfitri. syok gile beb. walaupun ade part aku nyanyi sengau sebab tempo tinggi, aku tetap gembira sebab dapat nyanyi kat depan orang ramai. hahaha. dapat la jugak tepukan gemuruh daripada guru-guru dan rakan2. yang penting, aku rasa konfiden je depan crowds. ya, aku sangat menghargai saat2 indah begini, yang pasti akan dikenang apabila kita meninggalkan sekolah nanti.

dah habes nyanyi, aku jadila emcee yang tak ras
mi. hehehe. ramai gak kawan2 yang sibuk nak berkaraoke. sibuk layan diorang sampai lauk pun aku tak makan. aku rasa aku makan nasi goreng satu suap ngan buah 2-3 ketul. sedih beb. hahaha

pastu satu demi satu anugerah diumumkan oleh Syafiqah. hahaha part ni lawak gila. gini, aku disuruh mensponsor hadiah untuk best dress pe
lajar lelaki. pastu, hadiah tu aku dapat balik. korang sendiri paham laa. hahaha. terima kasih kepada anda yang tengah baca sambil vote saye haritu. hehe. balik modal la jugak.

aku dan zana

hadiah untuk best dress pelajar perempuan pulak assistant monitor aku, syazana menang. adakah kebetulan? monitor ngan assistant monitor menang? heh. no komen. tapi ade girls2 yang mencuri perhatian aku seperti syafiqah, adriana ngan shi min. apapun syazana nampak super-duper cute haritu. request pemenang best dress kategori cikgu, pn tan lee ting suruh aku ngan syazana berduet nyanyi lagu. hehe. kami nyanyi lagu my heart, romantik beb. ade la saat jeling menjeling antara kami. sweet memories.

sebelum aku habis taip, aku nak ucapkan greatest thank for syafiqah, nina, qila, shikin, meera, adriana and company sebab, kerana diorang, majlis ni wujud. what a great job! yang pasti, ada secebis kenangan yang mengisi kotak ingatan setiap tetamu yang hadir. untuk syafiqah, aku harap kau tak tension lagi kat kelas dan rajen2 la jwab soalan kimia aku. hehe.


8/25/09

Menjanakuasa Bunyi Baru Muzik Malaysia




itulah tagline stesen radio XFM. sebagai peminat muzik indiependent tempatan, aku sangat suka bila ada stesen radio yang memainkan 100% muzik buatan Malaysia. telinga aku sudah bernanah dan berulat akibat mendengar lagu-lagu Indon dan lagu Pop inggeris.

kenapa? kerana aku rasa setiap orang harus menjadi berbeza. aku dapat rasakan bagi sesiapa yang melayan lagu-lagu di seperti di atas hanyalah orang2 biasa yang mendengar stesen radio biasa seperti Era, Hitz.fm dan Hotfm. kerana mereka tiada kehidupan. mereka menerima apa yang disogokkan kepada mereka. mereka tidak mahu cari kelainan.

get a life.

8/8/09

Jumpaan Manusia Rawak

setiap hari kita jumpa orang. setiap orang ade ragam. dah lama aku perhatikan attitude mereka2 ini. dan agak best kalau aku nak catatkan kat sini. kebanyakannya orang2 yang hidup kat sekolah aku sekarang. kalau takde mereka2 ini, pasti bosan hidup kan. so mari lihat.

1. Minah Gedik Ber myspace
so aku nak cakap pasal diorang ni dulu. kenapa? kerana mereka biasanya menjadi tumpuan lelaki2 di sekolah. gila dalam social networking, dan gemar mengklasifikasikan diri sendiri. ayat wajib di ruangan 'about me' : i dont care any shit about you; spam mine and i'll spam you back boys; i dont approve you. tidak memakai tudung. selalu 'gagal' dalam bercinta kerana diorang rasa terlalu cantik untuk boyfriend mereka.


7/11/09

Akhirnya




setelah berminggu kesepian






disudut dunia






menanti harapan






tunggu impian






ku telan






untuk kesekian...






aku dapat laptop wuu...






hahaa padan muke korang.














6/20/09

Aku Suka Kereta.




woo.. i love cars.. they're amazing..
kereta sangat best bila dipandu. aku berpengalaman bawak keta walaupun takde lesen. shiok beb! kelisa bapak aku jadi mangsa. sampai ley terbabas masok tol secondlink. ingat nak g jusco. hahaaha.
ni adalah beberapa keta favret aku dan jangan terkejut jika 6 tahun lagi aku ke mamak sambil memandu keta dibawah ini. hehehe.


1. BMW M3
'ooh this car is brilliant!' bak kata richard hammond dari top gear. enjiin V8 dengan 414 kuasa kuda (Myvi jiran korang: 89 kuasa kuda) dan 440Nm torque (waja bapak korang: 113Nm) mampu meninggalkan waja evo dan mira L200. pecutan 0-100km dalam 4.2 saat (perodua kelisa mak korang: 15 saat). ooh, whats the price? RM 698,888. aku akan tunggu 15 tahun lagi. sabar.



2. Porsche Cayman
keta ni merupakan entry-level bagi varian coupe porsche. dont be fooled by the term entry-level though. menurut review majalah permotoran, handling keta ni adalah the best in its class. as a driver's car, it offers exceptional chassis pe
rformance, that can match the iconic 911. sebagai pemandu, pastinya kita inginkan keta yang seronok dibawa dari point A ke point B. dan cayman adalah salah 1 drpdnya. jikalau korang biasa memandu kereta jepun seperti honda city, pasti paham ape yang aku maksudkan sebagai bosan. aha. btw, keta ni mempunyai 275hp dan 290Nm tork.




3. Volkswagen Golf GTi
ini adalah kereta versi hatchback yang sangat popular dari volkswagen. malah, ada yang berkata ini adlah ikon bagi kereta volkswagen. tanggapan mereka me
mang berasas sebenarnya. bagi sesiapa yang gemarkan kereta yang mempunyai praktikaliti dan dalam masa yg sama mampu menjadi sehebat honda civic type-R, inilah jawapannya. kuasa turbo 211hp boleh memberi keseronokan yang ketara jika digunakan setiap hari. aku memang gemarkan kereta hatchback yang laju, kerana kereta seperti sangat mudah dipandu dan ligat di jalan raya. nak parking pun senang.




4. Volkswagen Scirocco

6/19/09

no title again.

hmmm. dah lame xonline. masuk arini dah 5 hari. aku rasa macam satu rekod pulak. tapi aku bukan gile online pun. hanya nak catch up latest news je. kalau ade bende special pun bkan slalu.

minggu ni baru naek skola. terubat jugak kerinduan aku kat skola. (wtf??) dari dok rumah cam tony blair yang kene pecat agak boring gak. mcm2 gak cerita bile kat skola ehh. ni yang best nih.

hari rabu yg lalu, aku jumpe cikgu bio merangkap pk koko aku. ade misi penting. time tu, ade la borak2 sikit pasal tawaran ke matriks, u n so on. lepas diceramah, aku rase insap sket. ye lah, nak banding result mid year aku, camne nak dapat better bile spm nanti? huish. risau dan takot. topik form 4 banyak lom cover. aduiyai...

time balek skola, aku jumpe member lame. yogaraja. tua setahun dari aku. aku rasa dah 5 tahun baru jumpa balek. last mase skola sktp laa. skang die form6 kat ssi. result spm die ok la, 6a 4b. tapi yang buat aku insap, bile die ckp die regret dpt result camtu. pergh. ye la, harapan ibu bapa amat tinggi tau. pastu, die cakap nak tebus balik 4b yang die dpt mse stpm nanti. hmm. he gave me some good advice. jangan main2 time ni. time is short. dont be like me, or you'll regret it. bayangkan perasaan seorang mamat yang jatuh dari lori tanah yang bergerak laju. get it? itulah perasaan aku time tu. huhu. i need some fatherly advice. thanks yoga!

rabu depan ade transformers. gempak beb. rase mcm nak cuti skola n tgk kat cs bersama member. tengoklah kalau ade plan. budak2 a2 nak gi pas skola kot. cabut time koko la, ape lagi.

ok itu saje. cauw..

4/10/09

Tafsiran Rock Kapak.

Salam semua. Ini ialah projek terbaru aku yang nak menilai dan mentafsir orang2 di sekitarku.
sudah pasti mereka akan bertambah glamer selepas ini. mungkin aku silap. mungkin mereka akan hambat aku selepas ini. aha.

1. Sentiasa melalak dengan lagu rock kapak 90-an.
ya, sudah pasti namanya seiring dengan perlakuannye juge. apabila mendapati sudah tiada apa untuk dibuat (ketuk kepala rakan, korek hidung), mereka akan melontarkan suara yang dahsyat ala-ala amy search untuk menarik perhatian aweks yang lalu lalang. lagu wajib mereka: fantasia bulan madu, penantian, gugurnya bunga cinta.

2. Motosikal sebagai tunggangan wajib.
rempit sering dikaitkan dengan rock kapak. seringkali meminjam motor cabuk milik bapa untuk menunjukkan kebolehan merempit. berbangga apabila dikejar guru disiplin apabila menunggang motor ke sekolah sewaktu tiada lesen. motosikal wajib: honda ex5, 135lc, rxz. scoot tak maen-lah, pondan kata mereka.


3/22/09

Jam Bumi

earth hour... pasti korang dah penah dengar benda ni kan. jadi matlamatnye hendak menyokong atau buat bodoh je. aku yang berfikiran environmentalist ni sokong sangat2 usaha WWF nih.

pasti korang ade rasa pelik kan, apa gunanya tutup kelengkapan elektrik (at least lampu ler) selama satu jam? tak berbaloi langsung. ade yang nak tengok bola lah, tengok movie la chatting ngan awek la, masak maggi la (pakai api takleh ke? nak jugak pakai kettle). tak berbaloi langsung usaha 1 jam tu.
takde kesan. takde impak maksima.

hmm.
tu analisis pandangan korang.
rata-rata masyarakat Malaysia nie masih berfikiran Dunia Kelas Ketiga.
lagi-lagi mereka yang dah berumur.
buang masa, kata mereka.

pandangan aku:
aku tahu usaha ni tak seberapa.
setakat 1 jam, apelah sangat.
Pak cik Dollah meniaga sate pun boleh rugi.
pandanglah dengan sudut positif.
kalau seorang yang buat, pasti takde kesan. kesan untuk diri dia je.
kalau sume 20 bilion manusia kat bumi ni sokong, kesannye akan terbawa2 selepas aktiviti ni.
sape tahu, kite semua akan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

tu yang aku maksudkan.
kesan selepas program nih.

3/13/09

semangat baru!

semangat baru melanda jiwaku.
yahaa.

semangat untuk lebih tekun dalam apa yang akan ku lalui.

2/7/09

berbulan tidak menulis.

salam.
pembuka kata.

nampaknya sudah lama tidak menaip di blog ini.
apakah aku masih ada hak untuk digelar pemblog?
tak kisahlah. selagi masih ada kudrat untuk mengetuk papan kekunci.
masih akan terus mengetuk.

banyak yang berlaku semenjak dua menjak nih.
ada yang besar, kecil, besar balik, kecil balik.

benda besar
+ haziq dan fadhlan kemalangan
+ kali pertama aku nampak siput yang dimasak untuk dimakan. bukan siput sedut-lah. (benda besar?) apapun memang hilang selera aku nak melantak makanan lain.
+ kali pertama mengenali muzik yang intim dengan jiwaku. sudah pasti jazz dan instrumental rock. cuba dengar estrella dan mogwai. pasti terpesona.
+ pertama kali aku bercanda dengan si dia. (Cerita lain)
+ pertama kali aku mengeksplorasi kedaifoto cs2. hebat jugak benda ni. tapi dah mula ber angan nak buat ads untuk bmw. aha.
+ pertama kali aku rasa begitu bertanggungjawab dalam hidup. walaupun tanggungjawab ini agak memeningkan, tapi aku rasa semacam yang indah. bermakna aku dipercayai oleh orang-orang disekitarku. bermakna aku boleh mengawal keadaan dengan fikiran aku sendiri.

banyak juga benda 'besar' yang berlaku.
tapi sebesar mana pun, tak guna juga kalau kita tak hargai benda tu.

bayangkan kehidupan korang dalam penjara.
tiada siapa untuk berinteraksi.
tiada siapa untuk berkongsi air liur.
tiada siapa untuk ...

jadi, hargailah kehidupan korang.

masalah hanya datang apabila kita fikir ianya masalah.

dunia akan bosan dan sama jika tiada masalah.

fikir-fikirkan.

1/10/09

kesengsaraan di sickolah

tensen la. homwerk melambak2. maaf kalau aku sedikit melalut dalam tulisan ini.

bebanan tugas, sebagai pemimpin kelas sangat sengsara.
salah sikit, aku jadi mangsa.
padahal dia yang salah.

aku benci dengan manusia begini.
dah tahu salah, sebab marah yang membuak, dituduh manusia lain pulak.
menonjolkan sikap ketidakmatangan diri sendiri.
padahal umur dah boleh jadi nenek.

jadilah penyabar.
tak rugi ape2 pun.
orang pun akan respek.
menunjukkan kita ni matang nak handle situasi tertentu.

ahh sudah.

aku ni penyabar orangnya.
bukan nak kata apa.

12/1/08

Yeah3x...Gunners!!


arsenal menang.
robin van persie yang mengagumkan.
huh.
chelsea bermain dengan sempit pada 1st half.
jadi ape yg cuba dilakukan pada 2nd half?

gunners' revoluti0n.
bermain mati-matian.
x kisah ofsaid, adat pertandingan.

syabas pak abas aku ucapkan.

11/24/08

Desperate Students during exams (very funny)

seorang hamba Allah bagi emel ni kat aku.
tapi korang jangan buat pulak.
ini untuk menjamin kesucian punggung korang daripada dirotan mak bapak.

entri bengong #01



entri bengong #02


entri bengong #03





entri bengong #04


entri bengong #05


gurindam #01


kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa. sila layan dengan fikiran yg terbuka.


Juliet: Romeo, selamat malam, tido bace doa, esok saya pegi library dengan Joe dan Jennifer (couple), bye.
Romeo: Bye, eh awak pegi tak ajak saya pun.
Juliet: Eh, awak nak ikut ke?
Romeo: Em, boleh jugak. Dari duk umah bosan, baek bace buku kat library ye tak? Awak tak kisah kan saya pegi?
Juliet: Em, taklah. Tapi baek awak tanye Joe dulu sebab dia yang rancang.
Romeo: Em, oklah saya tanye dia dulu ea.

Selepas beberapa minit....

Romeo: Juliet, saya tak dapat pegi. Joe tak nak ajak saya. Ape boleh buat...
Juliet: Yeke? Kalau camtu awak jangan kecil hati ea.
Romeo: Em, saya yang sibuk nak join. orang dah tak bagi. ape saya boleh buat?

Romeo yang kecewa mula layan blues dengan mendengar lagu Creep-Radiohead dan Heart-Shaped Box-Nirvana.

11/23/08

Oh... Gunners!!

whye?
whye?

kenapa kalah lagi?
aku rasa sakit hati..
aku rasa susah hati.
aku rasa kecewa.

hu...hu

korang pun nak tau ape aku ngarut ni kan.
arsenal kalah kepada Manchester Shitty pada sabtu lalu.
jaringan 0-3.
pelbagai perasaan ade dalam otak aku selepas match tu.

sudah.
arsenal sudah takde semangat nak amek title dari skuad Setan Merah.
sama macam team Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini.

namun aku tetap support y'all.

Kisah Ayam dan Kucing

Meow.
Meow.

Aku terpesona dengar kucing mengiau. rupenya kat belakang rumah aku. aku mempunyai 'soft spot' terhadap haiwan kebulur yang cemburu melihat garis perut manusia.

lalu, aku mengambil seketul daging ayam dan campak ke kucing itu.

Meow.
Meow.

sambil menunjukkan muka blur ala2 Noel Gallagher, kucing tu tengok je daging tu.
kucing ni bodo, aku da bagi makanan pun nak fikir lagi, bisik hatiku.

Krush, Krush.




eh,, ayam??

seekor ayam jantan meluru ke arah daging tu dan terus makan.

Alamak!
ayam kanibal!!

aku terpegun melihat kejadian yang tak pernah berlaku depan mataku.
kemarahan terhadap kucing bongok terpadam apabila melihat ayam makan ayam.

apakah dunia semakin tua?
apakah manusia akan menjadi kanibal?
apakah kita semua akan bertukar kepada zombie?

erm.

11/17/08

Entri Mengarut Entah Apa-Apa

masa untuk blogging! yeah.. tapi aku x tau nak tulis apa. ya, sememangnya aku telah kering idea untuk menulis pain-pain yang bernas seperti yang aku lakukan sebelum ini.

ini disebabkan cuti sekolah.

ya, cuti sekolah.

masa free dihabiskan tanpa kerja yang masuk faedahnya dalam otak setiap pelajar sekolah.
bagi yang berduit, mereka boleh melabur kepada aktiviti 'perlukan duit' seperti paintball, summer camp dsbg.

bagi yang tidak berwang, boleh sahaja ke CS atau CC atau CB yang berdekatan untuk menunaikan kewajipan 'menghilangkan kebosanan' yang tersemat dalam otak mereka.

Fikirlah.

bermacam lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan apresiasi negatif dalam medulla oblongata masing-masing. sebagai contoh:

bermain bola.
kenapa aku tulis bermain bola? kerana aku sangat fanatik bola dan tidak kisah jika disuakan perkara2 berkaitan 24-7.
mungkin juga kerana aku akan bermain bola pada hari ini.
haha.
kalian jangan cemburu.
kerana aku masih mempunyai waktu untuk diluangkan bersama sahabat 'sekepala,seotak dan sejiwa'.

bagi yang anti sosial, terperuk sajalah dalam bilik busuk kalian itu.
kerana kalian merasakan tiada apa yang boleh dilakukan.
sambil mengunyah lebihan rempeyek raya yang disembunyikan ibu, kalian terperosok dalam mainan minda yang gundah gulana.
kalian sebenarnya tidak menggunakan akal untuk berfikir.

kalian membiarkan persepsi negatif 'setan' meresap dalam kepala.
ayuh, hilangkan durjana itu.