11/25/09

hidup di hostel tak lah seteruk yang disangka.





aku masuk asrama 3 minggu yang lalu.
biasanya aku berulang alik dari rumah untuk ke sekolah yang terletak lebih kurang 15km.
setelah aku pelajari kehidupan berdikari di sini, aku tak mampu nak toleh belakang lagi.
kehidupan sememangnya berharga.
dan aku menjumpai kehidupan remajaku disini.

hidupku tak pernah terasa seperti ini.
apa lagi yang mampu aku ucapkan?

di sini, aku telah menjumpai sahabat yang boleh dipanggil sahabat, bukan kenalan semata-mata.
siapa boleh lupa kenangan tidur di prep beralaskan tikar dan berselimutkan kulit?
melakonkan adegan gaduh dan cuba cari hantu di sekolah yang berusia 30 tahun?
berkongsi mee maggi dalam baldi yang dibuat basuh baju?
menjerit LP, LP (line panas) apabila encik hashimul cuba men spot check?

ada banyak lagi memori indah yang lain.
ternyata,pandangan skeptikalku terhdap kehidupan di asrama menyimpang 100%.
disini, disiplin ialah asas utama.
aku juga semakin jarang untuk meninggalkan solat fardu disamping berjemaah dengan rakan yang lain.
aku benar2 rasa ketenangan bila menjalani kehidupan di sini.

yang menjadi kerisauanku, apabila kita tidak bersua lagi selepas tamat spm nanti.
pasti aku akan merindui telatah wak jong, topek yang merepek,
bagong yang sawan silat sepanjang masa, molot yang mendapat nama dari hobinya sendiri

untuk kamu semua, aku akan menyimpan kenangan indah ini sehingga akhir hayat.

No comments: