surat terbuka untuk kau,
dear kawan, aku nak terus terang dengan kau. selama ni, aku anggap kau sebagai kawan baik sahaja, tak lebih dan tak kurang. aku rasa kau lah kawan perempuan yang paling rapat dengan aku. segala masalah aku kau sanggup dengar. kau sanggup ajak aku datang rumah untuk beraya. kau sanggup ajar aku biologi walaupun kau tengah sibuk. aku nak ucapkan terima kasih atas segala jasa kau pada aku. kau lah antara kawan aku yang terbaik.
tapi,
aku sedar, kau telah menanam satu perasaan istimewa untuk aku. aku telah lama tengok kau tunjuk sifat sebegitu. namun, seperti yang aku cakap, aku anggap kau tak lebih dari seorang kawan baik. aku cuba nak berterus terang dengan kau tapi aku tak sanggup hubungan persahabatan kita putus. aku dah lama faham perangai kau yang sebenarnya. selama ini, dah banyak kali aku cuba, tapi aku rasa kau yang sengaja buat tak paham. maafkan aku. jika kau baca post ini, aku harap kau faham. semoga kau berjaya dalam kehidupan.
yang benar,
bedu.
No comments:
Post a Comment