12/22/09

Buat Muzik.

aku bukanlah pakar dalam hal muzik. maen gitar pun terkedek2 lagi. tapi pandangan aku sekarang ialah orang yang membuat muzik, dan menyanyikan lagu sendiri adalah hebat. dan orang yang menyanyi menggunakan muzik yang dibuat orang lain adalah jerk.

aku tahu, mereka ada bakat menyanyi. tapi mereka hanya menyanyi. tak terlibat dalam usaha memainkan alat muzik sendiri. oh, aku rasa mereka tak layak masuk industri hiburan. mereka hanya mengejar populariti dan mencari peminat semata2. mereka tidak layak dipanggil orang seni, kalau menulis lirik pun masih memerlukan khidmat komposer. they just suck.

lihat, colbie caillat dan taylor swift. sewaktu mereka mula meletup dulu, mereka menggunakan lagu ciptaan mereka sendiri. dan lagu itu, berjaya memikat pencinta muzik. namun kini, selepas ditekan syarikat rakaman, mereka menyanyi menggunakan lagu ciptaan komposer yang sudah arif dengan kehendak komersial. musnahlah bakat seni mereka dengan mendendangkan lagu pop inggeris yang boleh menembusi carta muzik seluruh dunia. lagu biasa untuk orang yang biasa.

sebab itu, aku respek dengan pemuzik yang memahami apa yang mereka mahu, dan tidak bergantung kepada syarikat rakaman semata-mata.

sebagai contoh, muse. kesemua lagu yang terdapat dalam album terbaru mereka, The Resistance ditulis dan dibuat oleh Matthew Bellamy, frontman mereka. dan lagu2 mereka memang superb. begitu juga Coldplay, Butterfingers, Keane dan Kaiser Chiefs. mereka tidak memerlukan khidmat komposer, kerana mereka yakin dengan bakat seni yang dimiliki. bukan seperti penyanyi wanita yang berlagak diva, seperti Mariah Carey.



No comments: