12/1/08

Yeah3x...Gunners!!


arsenal menang.
robin van persie yang mengagumkan.
huh.
chelsea bermain dengan sempit pada 1st half.
jadi ape yg cuba dilakukan pada 2nd half?

gunners' revoluti0n.
bermain mati-matian.
x kisah ofsaid, adat pertandingan.

syabas pak abas aku ucapkan.

11/24/08

Desperate Students during exams (very funny)

seorang hamba Allah bagi emel ni kat aku.
tapi korang jangan buat pulak.
ini untuk menjamin kesucian punggung korang daripada dirotan mak bapak.

entri bengong #01



entri bengong #02


entri bengong #03





entri bengong #04


entri bengong #05


gurindam #01


kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa. sila layan dengan fikiran yg terbuka.


Juliet: Romeo, selamat malam, tido bace doa, esok saya pegi library dengan Joe dan Jennifer (couple), bye.
Romeo: Bye, eh awak pegi tak ajak saya pun.
Juliet: Eh, awak nak ikut ke?
Romeo: Em, boleh jugak. Dari duk umah bosan, baek bace buku kat library ye tak? Awak tak kisah kan saya pegi?
Juliet: Em, taklah. Tapi baek awak tanye Joe dulu sebab dia yang rancang.
Romeo: Em, oklah saya tanye dia dulu ea.

Selepas beberapa minit....

Romeo: Juliet, saya tak dapat pegi. Joe tak nak ajak saya. Ape boleh buat...
Juliet: Yeke? Kalau camtu awak jangan kecil hati ea.
Romeo: Em, saya yang sibuk nak join. orang dah tak bagi. ape saya boleh buat?

Romeo yang kecewa mula layan blues dengan mendengar lagu Creep-Radiohead dan Heart-Shaped Box-Nirvana.

11/23/08

Oh... Gunners!!

whye?
whye?

kenapa kalah lagi?
aku rasa sakit hati..
aku rasa susah hati.
aku rasa kecewa.

hu...hu

korang pun nak tau ape aku ngarut ni kan.
arsenal kalah kepada Manchester Shitty pada sabtu lalu.
jaringan 0-3.
pelbagai perasaan ade dalam otak aku selepas match tu.

sudah.
arsenal sudah takde semangat nak amek title dari skuad Setan Merah.
sama macam team Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini.

namun aku tetap support y'all.

Kisah Ayam dan Kucing

Meow.
Meow.

Aku terpesona dengar kucing mengiau. rupenya kat belakang rumah aku. aku mempunyai 'soft spot' terhadap haiwan kebulur yang cemburu melihat garis perut manusia.

lalu, aku mengambil seketul daging ayam dan campak ke kucing itu.

Meow.
Meow.

sambil menunjukkan muka blur ala2 Noel Gallagher, kucing tu tengok je daging tu.
kucing ni bodo, aku da bagi makanan pun nak fikir lagi, bisik hatiku.

Krush, Krush.




eh,, ayam??

seekor ayam jantan meluru ke arah daging tu dan terus makan.

Alamak!
ayam kanibal!!

aku terpegun melihat kejadian yang tak pernah berlaku depan mataku.
kemarahan terhadap kucing bongok terpadam apabila melihat ayam makan ayam.

apakah dunia semakin tua?
apakah manusia akan menjadi kanibal?
apakah kita semua akan bertukar kepada zombie?

erm.

11/17/08

Entri Mengarut Entah Apa-Apa

masa untuk blogging! yeah.. tapi aku x tau nak tulis apa. ya, sememangnya aku telah kering idea untuk menulis pain-pain yang bernas seperti yang aku lakukan sebelum ini.

ini disebabkan cuti sekolah.

ya, cuti sekolah.

masa free dihabiskan tanpa kerja yang masuk faedahnya dalam otak setiap pelajar sekolah.
bagi yang berduit, mereka boleh melabur kepada aktiviti 'perlukan duit' seperti paintball, summer camp dsbg.

bagi yang tidak berwang, boleh sahaja ke CS atau CC atau CB yang berdekatan untuk menunaikan kewajipan 'menghilangkan kebosanan' yang tersemat dalam otak mereka.

Fikirlah.

bermacam lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan apresiasi negatif dalam medulla oblongata masing-masing. sebagai contoh:

bermain bola.
kenapa aku tulis bermain bola? kerana aku sangat fanatik bola dan tidak kisah jika disuakan perkara2 berkaitan 24-7.
mungkin juga kerana aku akan bermain bola pada hari ini.
haha.
kalian jangan cemburu.
kerana aku masih mempunyai waktu untuk diluangkan bersama sahabat 'sekepala,seotak dan sejiwa'.

bagi yang anti sosial, terperuk sajalah dalam bilik busuk kalian itu.
kerana kalian merasakan tiada apa yang boleh dilakukan.
sambil mengunyah lebihan rempeyek raya yang disembunyikan ibu, kalian terperosok dalam mainan minda yang gundah gulana.
kalian sebenarnya tidak menggunakan akal untuk berfikir.

kalian membiarkan persepsi negatif 'setan' meresap dalam kepala.
ayuh, hilangkan durjana itu.

11/12/08

Jalan-jalan di CS

semalam we'all berjalan-jalan di (mana lagi) City Square untuk menengok wayang. aku dan Dan bergerak dulu untuk ke CS sambil meninggalkan Jiban keseorangan kat bus stop. aku bercadang nak layan citer Agent 007 namun dimaki oleh Kurt Cobain (Dan) yang menganggap citer tu 'citer orang tua bloody berlagak tunjuk kool sambil bers** dengan chicks'. aku give up dan tengok citer Tropic Thunder.

well, citer ni memang BEST!! lawak giler aku cakap. part paling lawak bile Jack Black menjerit "my ass! my ass!" bile kamera tengah fokus Ben Stiller yang sedih. hahaha. memang lawak arh.
untuk citer ni aku bagi 4 star laa. aku harap korang tengok laa.

akhirnya sudah time we'all balik. sebelum balik, aku beli t shirt band faveret aku, Radiohead kat Innercity. memang lawa arh. harge pun murah jek. namun design tak cikai arr.



dah lepas jalan2 kat sekitar CS, kitorang pun balek. tapi problem, hujan lebat giler. we'all lepak2 kat dalam sementara tunggu hujan habis.


Dan yang tengah melantak sundae dan menunjukkan muka Rockstar Kurt Cobain. (tengah confuse nak balik bile nih)..

11/10/08

forgotten football club...



salam. foto kat atas nih ialah foto team Fastex FC yang diambil mase 2006 dulu. yeah, time kegemilangan team ni. team ni ditubuhkan oleh bebudak kelas 1 Kreatif pada akhir 2005 dulu (bebudak yg gile bola la nie...) .. time tu kitorang nak masuk pertandingan hari koko kat skola kot. akhirnye dibantai teruk pasukan senior...huahuha

2007
time ni we all sume concentrate kat studies dulu sebab pmr makin menjelang.. namun ade beberapa event yang kitorang sertai..antaranya ialah Hari Keusahawanan SMKSP2 2008. namun masok sampai quarter final je..

11/6/08

This is not funny..



oh.. statement ni diambil kat laman myspace seorang Rockstar.

korang layan je la..

Here are 8 reasons why guitars are better than girlfriends:

01. Girls dump you. A guitar will always be there when you get home.

02. A guitar's minimum requirement is an amp. A girl's minimum requirement is shoes, clothes, makeup, a mirror, magazines, more shoes and a tiny handbag. And that's every week!

03. You'll never turn on a girl as fast as you can turn on an amp.

04. If your guitar sounds crap, you can tune it. If your girl talks crap you're stuck with her.

05. Guitar's, unlike girls, have volume control which goes all the way down.

06. If you play your guitar crap, it tells you its crap. It doesn't lie and pretend you did it right when you didn't!

07. Two girls at once is hard to come by. Double kneck guitars are not.

08. Your guitar makes a sound only when you want it to.


11/5/08

Oh.... The Strokes!



lagu2 mereka sering bermain2 di mindaku kini. bagi aku, style diorang menyampaikan lagu sangat 'cool' dan selamba- style yang sering dicari remaja2 skarang. petikan gitar yang mantap bersama chords yang heavy boleh buat aku khayal seketika. serius, aku harap korang dengar lagu2 diorang ni. aku dah tau band ni dah lama dah, sejak form2 lagi. yelah, pada masa tu aku ingat diorang ni band US yang konservatif- dengan chords yang tak bermelodi langsung (contoh : Daughtry). dan memang tanggapan aku 100% salah. bagi aku, inilah muzik yang aku cari2 sejak dulu lagi.

Discography:

  • Is This It (2001)
  • Room On Fire (2003)
  • First Impressions Of Earth (2006)
the strokes akan mengeluarkan album baru diorang next year. sebelum tu, korang layan lagu Reptilia- antara lagu favret aku dari album Room On Fire. oh sebelum aku blah, ade sesiapa yang memiliki album Is This It dan Room Of Fire, sila kontek aku. aku harap nak beli album tu.
sekian, salam.

Oh....Post Pertama!


yeah..akhirnya berjaya jugak aku buat blog ini. hati rase senang pulak bila dapat meluahkan ape yang terbuku dalam mindaku ini. so, seperti tajuknya, inilah post pertama dari aku. aku memang mengharapkan blog yang simple dan smart saje, kerana aku memang sebegitu. tak perlu lah blog yang colourful, karang meleweh pulak. kekeke. oh, asal usul penerbitan blog ini bermula dari fikiran aku sejak form 3 lagi. so, bebaru ni rakan baikku telah menerbitkan sebuah blog, dan aku cam terpengaruh la gitu. lagipun best gak blog ni. kite dapat post apa yang bermain di fikiran kita sendiri. ok lah, sampai di sini saje post pertama aku. salam.