3/24/10

result spm.





tanggal 13 februari aku memulakan kerjaya sebagai seorang pelajar SM Teknik JB.. memula memang rasa agak boring sbb takde kawan.. kene cari kawan baru lar.. kelas aku pulak majoriti nye
pempuan.. aiyark.. tapi ok lah sebab aku ni jenis yang senang sesuaikan diri dengan tempat baru..

so tinggalah kenangan lama kat smk dato' usman awang.. sekolah yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang seperti aku.. ahaks.. btw aku nak citer sikit pengalaman belajar subjek2 spm ni di teknik jbsampai dapat keputusan seperti di atas.. saje nak flashback.. sbb xde keje.. haha

BM
subjek yang kenkadang dibenci.. sebab ingat dah buat yang terbaik, tapi susa gile nak dapat A1..
gurunye cik izahalija.. serius orangnye, agak sporting ar.. baru kahwin taun lepas..

BI
subjek ni bagi aku senang nak score.. janji kena banyak pembacaan english.. yang bestnya sejak exam
1/2 tahun form 5 sampaila spm, aku wat esei pasal benda yang same je.. ahaha.. tebaek!

P. ISLAM
antara subjek favret aku.. banyak pakai logik akal.. tapi tajwid aku memang hancur.. tu la, memaen lagi
mase skola agame.. ahaha

SEJARAH
subjek favret aku jugak.. tapi bab esei tu payah sket arr nak hafal.. pakatan murni mase spm langsung tak
bace.. memang bersyukur laa dapat A-..ingat dapat B..

MATHEMATICS
subjek yang jahat.. sebab subjek ni senang, tapi silap sikit memang bleh hanco result..

ADD MATH
subjek 'kegemaran' aku.. memang kurasa subjek yang paling mencabar pernah aku blaja.. aku ni pun bukan
otak math, lembab sket arr kire2 nih.. memang studi gile2 arr kat asrama sbelum exam nih.. pukul3 pagi pun
masih sempat lagi nak hafal formula trigo bersama shahril.. aku ngan dia ni memang terok ar addmath..
berkat tunjuk ajar Kecik KL dan Kapten serta Molot di aspura, berjaya gak aku dapat B untuk spm.. padahal
trial fail.. syukur..

SAINS PERTANIAN
waa.. subjek 'love and hate'.. kenkadang suka.. banyak hafal je.. form 4/5 tak pernah dapat A..
terima kasih Pn Lee Li Peng!

FIZIK
emm.. subjek ni bagi aku tak lah susah sangat, cume kne paham konsep je.. yelah, aku blaja maen2, camne
nak paham kan.. anyway Pn Tan Lee ting yang banyak tolong aku.. terima kasih la..

KIMIA
mase form 4 subjek yang paling aku benci selain add math.. tapi bile masuk form 5, da paham cket2, timbul
la perasaan suka.. haha.. best woo kimia.. cuma aku tak prepare je, kalau tak mesti bleh score..

BIOLOGY
subjek faveret aku..sebab subjek ni blaja tentang hidupan di bumi ni.. seronok ah konklusinye...

jadi nilah sedikit sebanyak subjek yang aku pelajari kat teknik jb.. memang aku hargai kehidupan aku kat skola
nih.. banyak erti hidup yang telah aku lalui..


mengubah destini anak bangsa




akhirnya berjaya jugak aku siapkan borang upu fasa 2 nih. lega beb...

btw, jurusan yang aku amek sume berkaitan biologi, sebabnye..

1. aku ade asas dalam biologi. walaupun aku taklah hebat pun subjek ni masa kat sekolah dulu, sekurang2nya ape yang aku pelajari tu meresap jugak dalam otak. akhirnya dapat B mase spm.

2. subjek biologi ni berkaitan gak dengan prinsip bioteknologi, course yang aku kejar sekarang nih.. senang dapat kerja woo..



ini ialah jurusan yang aku amek untuk IPTA..

Pilihan 1 *-E2044 DIPLOMA MIKROBIOLOGI
Pilihan 2 *-E2000 DIPLOMA SAINS
Pilihan 3 *-M0010 ASASI SAINS HAYAT
Pilihan 4 *-E2033 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Pilihan 5-Y0010 ASASI SAINS HAYAT
Pilihan 6-E2043 DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN
Pilihan 7-E2060 DIPLOMA FARMASI
Pilihan 8-E2440 DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA



oklah aku citer sikit pasal course yang aku amek nih..



MICROBIOLOGY
salah satu aspek penyelidikan virus, mikroorganisma, vaksin dan sebagainye. ni termasuklah Mycology, Virology, Bacteriology, Food Microbiology, Biochemistry dan lain2..pendek kate anda akan belajar segala2 pasal virus2, bakteria, kuman dan sume benda2 kecik 2 la.. peluang pekerjaan luas, pasni nak sambung degree pun boleh.. tapi dalam bidang medic, biotech dan biochemistry. hanye 1 ipta je tawarkan kos ni iaitu UiTM di kampus Kuala Pilah, NS.

DIPLOMA IN SCIENCE
diploma sains ni boleh menjurus kpd banyak bidang, antaranya medic, engineering dan biotech. pendek kate, memang diploma ni basic ar.

ASASI SAINS HAYAT UM (PASUM)
program asasi yang paling fofuler kat mesia..tawaran memang ketat, akak aku yang dapat 9A spm pun tak dapat program asasi ni. biasanya budak 10A yang senang dapat. well, senang nak lanjutkan ke degree di UM kalau amek asasi nih. fyi, program asasi ni takde banyak beza dengan matrikulasi, cuma students dpt didedahkan dengan suasana pembelajaran di kampus. yang pasti lebih enjoy dari matriks.. weow

DIPLOMA IN MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY
diploma ni menjurus kepada kerja2 di makmal perubatan. korang akan didedahkan dengan kerja2 seperti
menganalisis darah, air kencing, virus, penyakit dan sebagainye. peluang pekerjaan tinggi, tapi gaji jangan
expect tinggi la. dapatkan master dulu. heh


yang course laen tu aku belum cari info lagi kat net.. pandai2 la usha sndri eh..

arigatou gozaimas-ta





3/23/10

matriks oh matriks.


Dapatan data primer soal selidik pelajar di IPTA menunjukkan bahawa majoriti responden
Melayu memasuki universiti melalui sijil matrikulasi (70.0 peratus). Manakala majoriti
responden Cina (90.5 peratus) dan India (85.3 peratus) memasuki universiti melalui sijil STPM.

-bdk melayu segan nak amek stpm. malu weyh nk pakai baju skola balek! dak cina dan india tak kisah. yang penting dapat blaja.

prestasi pelajar semasa di IPTA, menunjukkan bahawa majoriti
responden Melayu, India dan Bumiputera lain mempunyai prestasi akademik yang sederhana
manakala bagi responden Cina, majoritinya berada dalam prestasi akademik yang tinggi. Ini
dibuktikan dengan min PNGK bagi responden Melayu ialah 2.79, Cina ialah 3.34 dan India
ialah 2.87.

-cina yg pentingkan studi. melayu sibuk nk bersosial. india sibuk nk berjoget.

Pelajar yang cemerlang semasa di matrikulasi KPM mempunyai prestasi akademik yang
sederhana semasa di IPTA. Berdasarkan kepada bidang pengajian Sains dan Sastera
Ikhtisas, majoriti mereka mengalami penurunan prestasi akademik di IPTA.

Rumusan daripada temu bual dengan tenaga pengajar dan pentadbir prauniversiti dan IPTA
mengukuhkan data primer yang menunjukkan kelemahan-kelemahan utama program
matrikulasi KPM yang sedang dijalankan, iaitu tempoh pengajian program yang pendek,
bidang pengajian yang terlalu menjurus, pilihan bidang yang terhad dan silibus yang tidak
menepati keperluan di peringkat prasiswazah. Program matrikulasi tidak menitikberatkan
aktiviti kokurikulum kerana kesuntukan masa dan masa yang ada difikirkan lebih perlu
digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang bercorak akademik.

Majoriti tenaga pengajar di matrikulasi KPM adalah lebih muda dan kurang berpengalaman
berbanding dengan guru STPM yang telah lama berkhidmat. Faktor ini didapati mempunyai
pengaruh ke atas prestasi akademik pelajar di IPTA yang menunjukkan prestasi pelajar
lepasan matrikulasi KPM adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar lepasan STPM
semasa di IPTA. Hampir 30.0 peratus tenaga pengajar di matrikulasi KPM merupakan
kakitangan sementara/kontrak.

Sebahagian besar pelajar lepasan matrikulasi tidak dapat mengikuti pengajian di IPTA
akibat kemahiran generik yang terhad, seperti kemahiran komunikasi, bahasa
(terutamanya bahasa Inggeris), dan kemahiran penyesuaian diri dalam suasana yang mencabar.

Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, jelas dapat disimpulkan bahawa prestasi akademik pelajar
lepasan matrikulasi di IPTA adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati majoriti pelajar yang
menunjukkan prestasi yang tinggi di matrikulasi tidak dapat mengekalkan prestasi mereka semasa di
IPTA. Prestasi akademik yang sederhana ini dipengaruhi oleh banyak faktor yang disumbangkan oleh
banyak pihak dan keadaan. Faktor-faktor ini mencakupi aspek pelajar, tenaga pengajar, prasarana dan
program matrikulasi.