3/23/10

matriks oh matriks.


Dapatan data primer soal selidik pelajar di IPTA menunjukkan bahawa majoriti responden
Melayu memasuki universiti melalui sijil matrikulasi (70.0 peratus). Manakala majoriti
responden Cina (90.5 peratus) dan India (85.3 peratus) memasuki universiti melalui sijil STPM.

-bdk melayu segan nak amek stpm. malu weyh nk pakai baju skola balek! dak cina dan india tak kisah. yang penting dapat blaja.

prestasi pelajar semasa di IPTA, menunjukkan bahawa majoriti
responden Melayu, India dan Bumiputera lain mempunyai prestasi akademik yang sederhana
manakala bagi responden Cina, majoritinya berada dalam prestasi akademik yang tinggi. Ini
dibuktikan dengan min PNGK bagi responden Melayu ialah 2.79, Cina ialah 3.34 dan India
ialah 2.87.

-cina yg pentingkan studi. melayu sibuk nk bersosial. india sibuk nk berjoget.

Pelajar yang cemerlang semasa di matrikulasi KPM mempunyai prestasi akademik yang
sederhana semasa di IPTA. Berdasarkan kepada bidang pengajian Sains dan Sastera
Ikhtisas, majoriti mereka mengalami penurunan prestasi akademik di IPTA.

Rumusan daripada temu bual dengan tenaga pengajar dan pentadbir prauniversiti dan IPTA
mengukuhkan data primer yang menunjukkan kelemahan-kelemahan utama program
matrikulasi KPM yang sedang dijalankan, iaitu tempoh pengajian program yang pendek,
bidang pengajian yang terlalu menjurus, pilihan bidang yang terhad dan silibus yang tidak
menepati keperluan di peringkat prasiswazah. Program matrikulasi tidak menitikberatkan
aktiviti kokurikulum kerana kesuntukan masa dan masa yang ada difikirkan lebih perlu
digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang bercorak akademik.

Majoriti tenaga pengajar di matrikulasi KPM adalah lebih muda dan kurang berpengalaman
berbanding dengan guru STPM yang telah lama berkhidmat. Faktor ini didapati mempunyai
pengaruh ke atas prestasi akademik pelajar di IPTA yang menunjukkan prestasi pelajar
lepasan matrikulasi KPM adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar lepasan STPM
semasa di IPTA. Hampir 30.0 peratus tenaga pengajar di matrikulasi KPM merupakan
kakitangan sementara/kontrak.

Sebahagian besar pelajar lepasan matrikulasi tidak dapat mengikuti pengajian di IPTA
akibat kemahiran generik yang terhad, seperti kemahiran komunikasi, bahasa
(terutamanya bahasa Inggeris), dan kemahiran penyesuaian diri dalam suasana yang mencabar.

Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, jelas dapat disimpulkan bahawa prestasi akademik pelajar
lepasan matrikulasi di IPTA adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati majoriti pelajar yang
menunjukkan prestasi yang tinggi di matrikulasi tidak dapat mengekalkan prestasi mereka semasa di
IPTA. Prestasi akademik yang sederhana ini dipengaruhi oleh banyak faktor yang disumbangkan oleh
banyak pihak dan keadaan. Faktor-faktor ini mencakupi aspek pelajar, tenaga pengajar, prasarana dan
program matrikulasi.

No comments: