3/24/10

mengubah destini anak bangsa




akhirnya berjaya jugak aku siapkan borang upu fasa 2 nih. lega beb...

btw, jurusan yang aku amek sume berkaitan biologi, sebabnye..

1. aku ade asas dalam biologi. walaupun aku taklah hebat pun subjek ni masa kat sekolah dulu, sekurang2nya ape yang aku pelajari tu meresap jugak dalam otak. akhirnya dapat B mase spm.

2. subjek biologi ni berkaitan gak dengan prinsip bioteknologi, course yang aku kejar sekarang nih.. senang dapat kerja woo..



ini ialah jurusan yang aku amek untuk IPTA..

Pilihan 1 *-E2044 DIPLOMA MIKROBIOLOGI
Pilihan 2 *-E2000 DIPLOMA SAINS
Pilihan 3 *-M0010 ASASI SAINS HAYAT
Pilihan 4 *-E2033 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Pilihan 5-Y0010 ASASI SAINS HAYAT
Pilihan 6-E2043 DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN
Pilihan 7-E2060 DIPLOMA FARMASI
Pilihan 8-E2440 DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA



oklah aku citer sikit pasal course yang aku amek nih..



MICROBIOLOGY
salah satu aspek penyelidikan virus, mikroorganisma, vaksin dan sebagainye. ni termasuklah Mycology, Virology, Bacteriology, Food Microbiology, Biochemistry dan lain2..pendek kate anda akan belajar segala2 pasal virus2, bakteria, kuman dan sume benda2 kecik 2 la.. peluang pekerjaan luas, pasni nak sambung degree pun boleh.. tapi dalam bidang medic, biotech dan biochemistry. hanye 1 ipta je tawarkan kos ni iaitu UiTM di kampus Kuala Pilah, NS.

DIPLOMA IN SCIENCE
diploma sains ni boleh menjurus kpd banyak bidang, antaranya medic, engineering dan biotech. pendek kate, memang diploma ni basic ar.

ASASI SAINS HAYAT UM (PASUM)
program asasi yang paling fofuler kat mesia..tawaran memang ketat, akak aku yang dapat 9A spm pun tak dapat program asasi ni. biasanya budak 10A yang senang dapat. well, senang nak lanjutkan ke degree di UM kalau amek asasi nih. fyi, program asasi ni takde banyak beza dengan matrikulasi, cuma students dpt didedahkan dengan suasana pembelajaran di kampus. yang pasti lebih enjoy dari matriks.. weow

DIPLOMA IN MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY
diploma ni menjurus kepada kerja2 di makmal perubatan. korang akan didedahkan dengan kerja2 seperti
menganalisis darah, air kencing, virus, penyakit dan sebagainye. peluang pekerjaan tinggi, tapi gaji jangan
expect tinggi la. dapatkan master dulu. heh


yang course laen tu aku belum cari info lagi kat net.. pandai2 la usha sndri eh..

arigatou gozaimas-ta





No comments: