11/25/09

hidup di hostel tak lah seteruk yang disangka.





aku masuk asrama 3 minggu yang lalu.
biasanya aku berulang alik dari rumah untuk ke sekolah yang terletak lebih kurang 15km.
setelah aku pelajari kehidupan berdikari di sini, aku tak mampu nak toleh belakang lagi.
kehidupan sememangnya berharga.
dan aku menjumpai kehidupan remajaku disini.

hidupku tak pernah terasa seperti ini.
apa lagi yang mampu aku ucapkan?

di sini, aku telah menjumpai sahabat yang boleh dipanggil sahabat, bukan kenalan semata-mata.
siapa boleh lupa kenangan tidur di prep beralaskan tikar dan berselimutkan kulit?
melakonkan adegan gaduh dan cuba cari hantu di sekolah yang berusia 30 tahun?
berkongsi mee maggi dalam baldi yang dibuat basuh baju?
menjerit LP, LP (line panas) apabila encik hashimul cuba men spot check?

ada banyak lagi memori indah yang lain.
ternyata,pandangan skeptikalku terhdap kehidupan di asrama menyimpang 100%.
disini, disiplin ialah asas utama.
aku juga semakin jarang untuk meninggalkan solat fardu disamping berjemaah dengan rakan yang lain.
aku benar2 rasa ketenangan bila menjalani kehidupan di sini.

yang menjadi kerisauanku, apabila kita tidak bersua lagi selepas tamat spm nanti.
pasti aku akan merindui telatah wak jong, topek yang merepek,
bagong yang sawan silat sepanjang masa, molot yang mendapat nama dari hobinya sendiri

untuk kamu semua, aku akan menyimpan kenangan indah ini sehingga akhir hayat.

11/2/09

tijb hanya kenangan bagimu




bagi sesiapa yang pernah belajar di tijb, pasti ada 1001 kenangan pahit manis untuk korang.
kita sama-sama mengenali sejak form 4.
sudah setahun lebih kita sama-sama menjalani kehidupan sebagai pelajar senior.
aku faham, ramai yang tak dapat nak sesuaikan diri ngan sekolah ni.
banyak alasan jugak.
keja sekolah belambak, disiplin ketat sangat.
asrama tak best, balek sekolah lambat, kawan pun ramai tak kamceng.
tu belum termasuk dari sudut inferiority antara insider dan outsider.

dari satu sudut, aku lihat perkara2 ni boleh membuat budak2 mcm kita ni menjadi lebih matang untuk sesuaikan diri dengan situasi yang baru.

dari sudut yang laen lak, aku lihat budak2 yang tak dapat nak sesuaikan diri dengan sekolah ni cuba melupakan apa2 yang berkaitan dengan sekolah lepas habis spm.

aku cuba fahami nawaitu mereka2 ini.
adakah mereka cuba melupakan persahabatan yang terjalin selama setahun 11 bulan ini?
ataupun perasaan ketidakkamcengan atau inferiority itu terbawa2 walaupun selepas wajah tidak bersua lagi?