10/28/09

oleh kesederhanaan dan keikhlasan.



semakin dekat spm, makin malas ke sekolah.
tujuan untuk belajar di rumah.
namun, banyak akibat jika tak ke sekolah.

arghh.
mungkinkah sikap ini terlalu mudah diperkotak katikkan?
memendam rasa yang tak ke mana.

ah sudah.
tumpuan perhatian terhadap spm, kawan!
itulah tiket yang berharga untuk masa depan kalian.

hidup akan bosan jika tiada masalah.
jadi, hadapi masalah dengan senyuman.
kerana, masalah ini cuba untuk menjdikan diri kita tegar dalam melalui kehidupan.






semangat mencurah!!!!!! hi yeah!!






10/23/09

Kau.




Hei kau.
Kau yang berfikiran langsung tak matang.
Berperangai budak ribena.
Mengada-ngada.

Sebenarnya
Aku takde masalah pun dengan kau.
tapi perangai kau buat aku meluat.
langsung tak tau nak gunakan akal.
kat mana kau letak erti persahabatan?

Tolonglah
jadilah orang yang tau berfikir
salah silap sesuatu benda
bukan itu sebabnya
hal lain yang menjadi masalah
punca dan tindakan kau langsung menunjukkan
Kau tak layak bergelar seorang remaja 17 tahun

Kau
Boleh belah la
Kau nak delete aku
Kau punya pasal
aku ada banyak lagi sahabat
yang boleh dipanggil sahabat
bukan keparat
macam Kau.

bak kata alang,
ada pepatah 'kawan makan kawan
tapi tiada pepatah 'sahabat makan sahabat.



carilah sendiri penyelesaian hidup kau.
kalau kau masih tahu berfikir.




10/15/09

SMS sambil bawak motor. Kombinasi yang tepat? anda pilih.


sheesh. kejadian ni baru berlaku tadi.

aku baru balek sekolah lepas kelas fizik.
bapak aku ambik.
nana dan farah pun tumpang sekaki.

tiba simpang lepas kelab golf RJC, aku nampak sorang mamat skola teknik perd yang bawak motor.
ambek corner seolah-olah beliau valentino rossi.
sambil pegang henset kat tangan kiri.
pas corner, moto beliau dah begoyang-goyang.
aku dah agak mesti dak ni akan jatuh.

kan, dah.
jatuh sambil kepala sikit agi nak kne lenyek ngan lori.
ya allah.
aku terus speechless.
seb baek aku ni cepat bertindak.
bapak aku berhentikan keta, dan aku terus meluru kat budak tu.
dia jerit tolong.... tolong...
aku angkat moto dan bawak ke tepi.
tangan je yang cedera teruk, aku rasa patah.
luka besar.
ade mamat botak yang tolong bawak beliau ke hospital.
alhamdulillah.

henset budak tu dah kat mana tercampak.
biarlah.
jadi pengajaran kepada beliau.
syukurlah Allah dah panjangkan nyawa kau.

aku masih trauma.
2-3 hari lagi mungkin akan hilang.

serius, dah takde harapan lagi aku akan bawak motor.
terima kasih atas nasihat ibu bapa ku.
yang melarang aku bawak motor.


10/10/09

thanks for the memories





(with ah moi, syazana and yogesh)


okey.. pada 10 oktober yang lepas, kelas aku buat majlis semarak kasih untuk mereka sendiri dan guru-guru turut dijemput.. di hotel tropical inn (depan menara landmark)
majlis bermula pukul 2 la gitu.. tempat dia ok la, wal
aupun nampak kecik tapi lebih privacy.
selepas ucapan pembukaan oleh guru kelas tahun nih, mr ting, tetamu dijemput makan..

time ni la member aku, Dan start nyanyi lagu. iaitu lagu here by me, love story ngan hey there delilah. aku rasa persembahan dia ok je, tapi, jujur aku
cakap, majlis ni tak sesuai dengan cara dia. aku rasa agak (err) dan aku rasa dia sesuai nyanyi kat gig bersama ahli band dia je. apa pun syabas aku ucapkan kerana inilah first show beliau (dalam seumur hidup beliau).

selepas tamat show Dan, aku dengan selamba naik
ke pentas untuk nyanyi lagu raya faveret aku, salam aidilfitri. syok gile beb. walaupun ade part aku nyanyi sengau sebab tempo tinggi, aku tetap gembira sebab dapat nyanyi kat depan orang ramai. hahaha. dapat la jugak tepukan gemuruh daripada guru-guru dan rakan2. yang penting, aku rasa konfiden je depan crowds. ya, aku sangat menghargai saat2 indah begini, yang pasti akan dikenang apabila kita meninggalkan sekolah nanti.

dah habes nyanyi, aku jadila emcee yang tak ras
mi. hehehe. ramai gak kawan2 yang sibuk nak berkaraoke. sibuk layan diorang sampai lauk pun aku tak makan. aku rasa aku makan nasi goreng satu suap ngan buah 2-3 ketul. sedih beb. hahaha

pastu satu demi satu anugerah diumumkan oleh Syafiqah. hahaha part ni lawak gila. gini, aku disuruh mensponsor hadiah untuk best dress pe
lajar lelaki. pastu, hadiah tu aku dapat balik. korang sendiri paham laa. hahaha. terima kasih kepada anda yang tengah baca sambil vote saye haritu. hehe. balik modal la jugak.

aku dan zana

hadiah untuk best dress pelajar perempuan pulak assistant monitor aku, syazana menang. adakah kebetulan? monitor ngan assistant monitor menang? heh. no komen. tapi ade girls2 yang mencuri perhatian aku seperti syafiqah, adriana ngan shi min. apapun syazana nampak super-duper cute haritu. request pemenang best dress kategori cikgu, pn tan lee ting suruh aku ngan syazana berduet nyanyi lagu. hehe. kami nyanyi lagu my heart, romantik beb. ade la saat jeling menjeling antara kami. sweet memories.

sebelum aku habis taip, aku nak ucapkan greatest thank for syafiqah, nina, qila, shikin, meera, adriana and company sebab, kerana diorang, majlis ni wujud. what a great job! yang pasti, ada secebis kenangan yang mengisi kotak ingatan setiap tetamu yang hadir. untuk syafiqah, aku harap kau tak tension lagi kat kelas dan rajen2 la jwab soalan kimia aku. hehe.