4/10/09

Tafsiran Rock Kapak.

Salam semua. Ini ialah projek terbaru aku yang nak menilai dan mentafsir orang2 di sekitarku.
sudah pasti mereka akan bertambah glamer selepas ini. mungkin aku silap. mungkin mereka akan hambat aku selepas ini. aha.

1. Sentiasa melalak dengan lagu rock kapak 90-an.
ya, sudah pasti namanya seiring dengan perlakuannye juge. apabila mendapati sudah tiada apa untuk dibuat (ketuk kepala rakan, korek hidung), mereka akan melontarkan suara yang dahsyat ala-ala amy search untuk menarik perhatian aweks yang lalu lalang. lagu wajib mereka: fantasia bulan madu, penantian, gugurnya bunga cinta.

2. Motosikal sebagai tunggangan wajib.
rempit sering dikaitkan dengan rock kapak. seringkali meminjam motor cabuk milik bapa untuk menunjukkan kebolehan merempit. berbangga apabila dikejar guru disiplin apabila menunggang motor ke sekolah sewaktu tiada lesen. motosikal wajib: honda ex5, 135lc, rxz. scoot tak maen-lah, pondan kata mereka.