11/5/10

manusia dan perasaan.

kerapkali sejak kebelakangan ni aku selalu sangat bermain dengan perasaan. kenapa? ini bukan sikap aku yang sebenar. aku seorang lelaki yang EGO dan sangat tidak mahu kalah kepada seseorang yang bernama perempuan. namun aku akan menyerah apabila dia adalah perempuan yang amat aku sayangi.

kerapkali sejak kebelakangan ini aku temui perempuan yang rapat dalam hidupku. mereka suka bermain dengan perasaan. ciri tipikal wanita? Ya, wanita dilahirkan memang untuk disayangi, diberi perhatian dan suka beremosi. berbeza dengan lelaki, yang mana mereka tidak akan tunduk kepada natijah perasaan mereka. mereka lebih suka bertindak dengan rasional. tetapi, perlu juga diketahui perihal 'rasional' yang munasabah mengikut fikiran mereka.

aku belajar kini, perempuan sangat mudah tunduk kepada emosi dan perasaan. kerapkali aku tidak dapat membezakan cara untuk berkawan dengan wanita, khususnya, cara untuk berkomunikasi dengan mereka. Jujurnya, wanita mudah menyalahtafsirkan layanan lelaki terhadap mereka. layanan yang LEBIH sedikit daripada kebiasaan akan menyebabkan mereka rasa 'disayangi'. aku belajar dari kesilapan.


No comments: